Misteri Tengkorak Memukul Dada
Kisah ini terjadi ketika aku berusia 17 tahun. Walaupun kisah ini telah lama berlalu tetapi tetap segar dalam ingatan aku. Semasa kejadian itu berlaku, aku masih bekerja di salah sebuah kilang di kampung aku, kilang ini didirikan di kawasan kebun, tetapi kawasan ni telah dimajukan untuk kawasan perkilangan. Dahulunya tanah ini adalah milik persendirian. Pada suatu hari, lebih kurang pukul 5 petang, seperti biasa setelah bunyi siren menandakan pertukaran syif, pekerja-pekerja di situ akan bergegas untuk pulang. Kebanyakan mereka termasuklah aku tidak sabar-sabar untuk pulang kerana ingin menonton cerita Korea bertajuk ‘Winter Sonata’ yang popular ketika itu. Memang cerita tu menjadi kegemaran ramai ketika itu sehinggakan aku sanggup meminta adikku supaya merakam sekiranya aku tidak dapat menonton kerana terpaksa bekerja syif petang
Berbalik semula kepada kisah tadi, dalam kelam kabut orang ramai berpusu-pusu keluar ada seorang perempuan yang kebetulan keluar agak tergesa-gesa lalu terjatuh. Aksinya berlaku spontan dan aku tidak tahu bagaimana dia boleh terjatuh. Kepala perempuan itu terkena dekat pagar, lalu berdarah dan membasahi lantai dengan banyaknya.
•Habis merah lantai kat situ dengan kesan darahnya. Kerana memikirkan aku sudah terlewat maka aku malas nak menyibuk di situ kerana aku lihat ramai yang membantu. Keesokan harinya, aku lihat perempuan itu datang kerja biarpun semalam aku tengok keadaannya agak parah dengan darah yang banyak keluar. Hairan juga aku takkan tak cuti, tengok pada dia yang luka tu dah nampak elok, sambil menyambung kembali kerja, aku masih memikirkan bagaimana perempuan itu masih bertenaga dan kelihatan baik sahaja. Ketika waktu rehat untuk makan tengah hari, kami semua dikejutkan dengan jeritan orang seperti terkena histeria sambil menarik rambutnya. Rupa-rupanya perempuan yang kemalangan semalam. Lama juga dia berkeadaan sedemikian sehinggakan ia menjadi kelam kabut, orang lain ingat perempuan itu ada masalah dan pengurus kilang terpaksa menghantar perempuan itu pulang ke rumah. Pada keesokan harinya pula, kejadian seperti semalam berlaku lagi, tetapi kali ini orang lain pula yang menjadi mangsa. Bukan seorang malah ramai yang mengalaminya dan ada antaranya yang menjerit, menangis, ketawa mengilai dan macam-macam aksi lagi. Mujurlah aku tidak mengalaminya. Kejadian ni pula berlarutan hampir setengah bulan, ramai yang berhenti kerja sebab takut. Kalau nak ke tandas pula nak kena berteman kerana bimbang terkunci dengan sendiri sebab pernah terjadi kat aku sebelum ni, nasib baik tak jumpa apa-apa, melaung-laung juga la aku kat dalam tu. Mujur ada orang yang dengar
Ketika waktu rehat untuk makan tengah hari, kami semua dikejutkan dengan jeritan orang seperti terkena histeria sambil menarik rambutnya. Rupa-rupanya perempuan yang kemalangan semalam. Lama juga dia berkeadaan sedemikian sehinggakan ia menjadi kelam kabut, orang lain ingat perempuan itu ada masalah dan pengurus kilang terpaksa menghantar perempuan itu pulang ke rumah. Pada keesokan harinya pula, kejadian seperti semalam berlaku lagi, tetapi kali ini orang lain pula yang menjadi mangsa. Bukan seorang malah ramai yang mengalaminya dan ada antaranya yang menjerit, menangis, ketawa mengilai dan macam-macam aksi lagi. Mujurlah aku tidak mengalaminya. Kejadian ni pula berlarutan hampir setengah bulan, ramai yang berhenti kerja sebab takut. Kalau nak ke tandas pula nak kena berteman kerana bimbang terkunci dengan sendiri sebab pernah terjadi kat aku sebelum ni, nasib baik tak jumpa apa-apa, melaung-laung juga la aku kat dalam tu. Mujur ada orang yang dengar. Setelah diselidik, barulah aku mendapat tahu punca sebenar kejadian itu. Ia diceritakan sendiri oleh pak guard yang bertugas di tempat aku bekerja tu. Dia pernah melihat satu lembaga putih terbang dari pokok saga di depan kilang dan terus menjilat kesan darah perempuan yang terlanggar pagar tu.
Dan pak guard tu cerita, dulu tempat ni kebun milik seorang yang kaya kat kampung ni dan dia takut hartanya diceroboh maka dia telah menanam tengkorak di setiap penjuru kebunnya sebagai ‘pelindung’ agaknya. Dan bila orang tu meninggal, dia terlupa untuk membuang ‘pelindung’ tersebut, sehinggalah tapak itu kemudiannya dijadikan kawasan kilang. Mungkin inilah punca yang menyebabkan penunggu di kawasan itu marah lalu mengamuk kerana kawasannya diganggu dan diceroboh oleh orang asing. Tapi yang pastinya semenjak dari itulah kejadian histeria tu terjadi. Namun begitu, pihak atasan tidak percaya dengan cerita berkenaan. Apabila ditanya kepada mangsa histeria, mereka mengatakan dada mereka seperti dipukul dengan kepala-kepala tengkorak tanpa henti menyebabkan mereka kesakitan lalu menjerit. Bagi menghalau penunggu tu kata sepakat telah dibuat, maka diadakan “samak” entah apa samak tu pun aku pun tak tau. Lalu mereka memanggil seorang bomoh yang dikatakan boleh membantu mengatasi masalah tersebut. Entah apa yang bomoh tu meraban aku pun tak tau, selepas daripada itu kilang aku tu pun kembali aman. Tidak ada lagi pekerja yang menjerit dan diganggu oleh penunggu di situ.
• Itulah pengalaman yang dapat aku kutip setelah tiga bulan bekerja di kilang berkenaan. Selepas memperoleh keputusan SPM, aku dan rakan-rakan terus berhenti. Sejak itu aku tidak lagi mengambil tahu hal kilang tersebut. Lagipun aku malas nak memikirkannya kembali. Mana tahu kalau-kalau nanti akan berlaku pada aku pula!

